56 ADUN perlu jalani saringan sebelum Sidang DUN Johor - Utusan Malaysia

56 ADUN perlu jalani saringan sebelum Sidang DUN Johor

SUHAIZAN KAYAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kembali bersidang pada 12 Ogos ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, langkah itu perlu dibuat bagi memastikan tidak muncul kluster Sidang DUN sepanjang sesi perbahasan itu.

Menurut beliau, tindakan itu juga relevan kerana mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 yang direkodkan di negeri ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua ADUN akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada 9 Ogos, iaitu tiga hari sebelum Sidang DUN bermula.

“Ujian saringan akan turut dijalankan terhadap pihak yang akan terlibat sepanjang sesi Sidang DUN berkenaan, bukan sahaja wakil rakyat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya