180 gerai Pasar Awam Batu Lanchang ditutup susulan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

180 gerai Pasar Awam Batu Lanchang ditutup susulan kes Covid-19

PASAR Awam Batu Lanchang di Pulau Pinang diarah ditutup sementara sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan tujuh peniaga dan pembantu gerai di situ dikesan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pasar Awam Batu Lanchang di sini diarah tutup sementara mulai hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan tujuh peniaga dan pembantu gerai di situ didapati positif Covid-19.

Perintah penutupan berkenaan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Subseksyen 18 (1) (d) Akta Tindakan dan Kawalan Pencegahan Penyakit 1988.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), penutupan itu akan melibatkan kira-kira 180 gerai.

“Penutupan pasar ini adalah untuk memudahkan kerja pembersihan dan tindakan lain yang diperlukan untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, sekitar 68 orang yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi telah mengunjungi Pasar Batu Lanchang pada Ahad lalu.

“Selain daripada menutup semua laluan masuk ke pasar ini, MBPP juga akan menjalankan penilaian risiko bagi Covid-19 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta mengambil perhatian dengan penutupan pasar berkenaan dan sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Individu yang berstatus risiko tinggi di dalam aplikasi MySejahtera dilarang mengunjungi premis dan pasar yang berada di bawah seliaan MBPP,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN