Sebanyak 13,034 kes baharu, 134 kematian, 938 kes ICU

13,034 kes baharu, 134 kematian, 938 kes ICU

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 13,034 kes berbanding semalam 11,985 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 8,436 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 134 kematian dicatatkan dengan 938 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 142,051 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,049 kes diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261) dan Kelantan (240).

“Putrajaya pula, Putrajaya (100) dan Labuan (24) manakala Perlis, hanya enam kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN