1,240 penduduk Kampung Teluk Menara jalani saringan bersasar - Utusan Malaysia

1,240 penduduk Kampung Teluk Menara jalani saringan bersasar

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,240 penduduk Kampung Teluk Menara di Manir, di sini diarahkan menjalani saringan bersasar Covid-19 selama dua hari, bermula hari ini.

Setiausaha Masjid Kampung Teluk Menara, Roslan Mat berkata, kira-kira 600 orang selesai ujian saringan itu pada hari pertama manakala baki disambung esok.

“Penduduk kampung memberi kerjasama baik dengan tampil secara  sukarela tanpa dikerah pihak berkuasa seperti yang berlaku di beberapa penempatan lain sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, berdasarkan infografik di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 44 kes positif Covid-19 direkodkan dalam Kluster Teluk Menara dengan empat kes baharu, hari ini.

Kluster komuniti itu didaftarkan sejak Jumaat lalu difahamkan gara-gara merentas daerah.

Kampung Teluk Menara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa hingga 9 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN