119 kes varian baharu dikesan - Utusan Malaysia

119 kes varian baharu dikesan

PENERIMA vaksin Covid-19 menunggu giliran di ruangan pemerhatian selepas menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 119 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan menerusi kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ia dikesan bermula 12 hingga 22 Julai melibatkan Sarawak (76 kes), Selangor (14 kes), Pahang (lapan kes), Johor (enam kes), Perak (empat kes), Kedah dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga kes), Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (masing-masing dua kes) dan Kelantan (satu kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes tersebut adalah Variant of Concern (VOC) melibatkan 106 kes varian Delta (India) (sublineage B.1.617.2), 10 kes varian Beta (Afrika Selatan) (B.1.351) serta tiga kes varian Alpha (United Kingdom) (B.1.1.7).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 429 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan, 409 kes adalah VOC manakala, 20 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta (Filipina), empat kes varian Kappa (India) (sublineage B.1.167.1) dan tiga kes varian Eta (Nigeria).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya