Zuraida gerakkan kempen #benderaputih - Utusan Malaysia

Zuraida gerakkan kempen #benderaputih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETLING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin turut menyemarakkan kempen kibarkan #benderaputih bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan.

Perkongsian kempen itu dilakukannya di laman Twitter Zuraida Kamaruddin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu, sebagai kerajaan, pihaknya sedang buat sehabis baik dengan menyediakan bakul makanan serta pelbagai bantuan tambahan kepada seramai mungkin penduduk khususnya di kawasan Parlimen Ampang yang telah dikenal pasti.

“Hasil makluman penduduk Ukay Perdana kepada saya tadi, terdapat satu bendera putih yang dikibarkan di kawasan tersebut. Bantuan telah disalurkan. Semoga ia bermanfaat dan kita fokus bantu sesama kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN