Wanita pengsan selepas kena sebat 100 kali setelah didapati bersalah melakukan zina

Wanita pengsan selepas kena sebat 100 kali setelah didapati bersalah melakukan zina

WANITA yang pengsan selepas menjalani hukuman sebat 100 kali setelah didapati bersalah melakukan janayah zina dipapah untuk mendapatkan rawatan di Lhoksuemawe, Aceh hari ini. - Gambar Tribunenews.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LHOKSEUMAWE: Seorang wanita pengsan setelah menjalani hukuman sebat 100 kali ekoran didapati bersalah melakukan jenayah zina di bawah undang-undang Islam Aceh.

Wanita itu adalah antara lima orang yang dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai kerana melanggar kanun syariat Islam di Lapangan Tunas Bangsa, Lhokaseumawe hari ini.

Memetik laporan Tribunenews, salah seorang daripada pesalah wanita yang didapati bersalah melakukan jenayah zina itu terpaksa dipapah oleh para petugas kerana pengsan sebaik sahaja selesai menjalani hukuman sebat 100 kali itu.

Wanita tersebut kelihatan lemah dan tidak tak berdaya menahan sakit sebaik sahaja selesai disebat oleh tukang sebat.

Dia telah dipapah oleh petugas wanita untuk mendapatkan rawatan.

Selepas diperiksa dan dirawat oleh petugas perubatan wanita itu kembali normal.

“Diantara lima pelanggar kanun syariat Islam salah seorang perlu dipapah karena pengsan setelah disebat 100 kali,” wakil wali kota Lhokseumawe, Zulkifli.

Dia menyebutkan, kelima pesalah yang melanggar kanun syariat Islam tersebut iaitu Samsul Bahri dan Nurul Aini.

Keduanya didapati bersalah melakukan zina, dengan hukuman masing-masing 100 kali sebatan.

Kemudian, pesalah Mahatir dan Syakban Irham didapati bersalah melakukan kesalahan khamar dengan hukuman masing-masing 40 kali cambukan.

Seorang lagi, Ibrahim Muhammad alias Pak Geuchik disebat 75 kali cambukan karena menyediakan tempat untuk jenayah zina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN