MUNGKIN ada benarnya apabila lima anak muda yang ingin dikenali sebagai Unknown ini menyatakan bahawa kehadiran artis berkumpulan lelaki sudah lama tidak kelihatan mewarnai industri muzik tempatan. Mengambil peluang itu, Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18, Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17, Adam Hafidh(MaryHaf), 19, and Ameer Nor Azam (Ameer), 18, sepakat mahu meneruskan perjuangan seni sebagai sebuah artis berkumpulan. Bagaimanapun melihat kepada situasi semasa apabila pandemik masih…