Wajah pesawat China yang dipintas TUDM kerana menceroboh -

Wajah pesawat China yang dipintas TUDM kerana menceroboh

Pesawat Luyshin LL-76 tentera udara China yang dipintas TUDM selepas menceroboh ruang udara negara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru-baru ini telah memintas pesawat milik tentera udara China yang dipercayai menceroboh ruang negara ini.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi waktu tempatan.

Katanya hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

Insiden itu katanya, merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan (Airways) di Kota Kinabalu.

Berikut adalah antara foto pesawat China itu yang diramkan oleh TUDM.’

Gambar sebenar pesawat Luyshin LL-76 milik tentera udara China yang dipintas oleh TUDM
Gambar sebenar pesawat Xian Y-29 yang dipintas TUDM.
Pesawat Xian Y-20 milik tentera udara China.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.