Tular seorang lelaki pakai gelang merah jambu, tanpa pelitup muka di Bentong - Utusan Malaysia

Tular seorang lelaki pakai gelang merah jambu, tanpa pelitup muka di Bentong

GAMBAR seorang lelaki memakai gelang merah jambu tanpa pelitup muka di sebuah stesen minyak Batu 1, Bentong, Pahang yang tular di media sosial semalam. - IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Gambar tular di media sosial tentang seorang lelaki memakai gelang merah jambu berada di sebuah stesen minyak di Batu 1 di bandar ini kira-kira pukul 2 petang semalam terjawab.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, lelaki itu merupakan warganegara tempatan yang berusia 25 tahun sedang mengisi minyak tanpa memakai pelitup muka telah dirakam gambarnya oleh orang awam.

“Siasatan awal polis mendapati lelaki itu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah Bentong untuk memotong gelang pengawasan merah jambu.

“Namun, kereta yang dipandu lelaki itu dipercayai kehabisan minyak dan dia singgah di sebuah stesen minyak sambil gelagatnya sempat dirakam oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, laporan kepada polis telah dibuat berikutan lelaki berkenaan tidak memakai pelitup muka di tempat awam berdasarkan gambar yang tular.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Sesiapa yang melanggar, mana-mana peruntukan peraturan ini atau mana-mana arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa boleh didenda RM 50,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya sekali,” jelasnya.

Katanya, orang ramai diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), khususnya pemakaian pelitup muka di tempat awam serta amalan penjarakan fizikal.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang tidak mematuhi SOP ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh disampaikan terus kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) menerusi talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya