Tetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin - Utusan Malaysia

Tetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk menetapkan tarikh tutup pendaftaran program vaksinasi Covid-19 bagi mengelakkan orang ramai bersikap sambil lewa. 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, usaha semua pihak dalam menjayakan pendaftaran vaksin dalam masa yang ditetapkan akan berhasil jika ada penetapan tarikh berkenaan. 

“Tidak dinafikan mungkin ada rakyat kita yang menghadapi masalah untuk mendaftar. Pelbagai bentuk usaha outreach sedang dan perlu dibuat oleh kerajaan untuk membantu mereka mendaftar.

“Tetapi ramai juga yang masih mengambil sikap sambil lewa, mahu tunggu dan lihat dahulu sebelum mendaftar. Ada yang ambil mudah, asyik bertangguh daripada mendaftar. 

“Di samping itu, ada pula dakyah golongan anti-vaksin. Semua ini menyebabkan kadar pendaftaran masih rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ketika ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan, kerajaan tidak akan menetapkan tarikh tutup vaksin walaupun kadar pendaftarannya rendah. 

Setakat semalam, seramai 1,331,262 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 manakala 3,030,096 individu telah menerima dos pertama.

Selain itu, Wan Saiful menyeru orang ramai untuk segera mendaftar vaksin kerana ia satu-satunya cara dalam membendung penularan jangkitan wabak Covid-19. 

“Kita mesti memandang serius keperluan untuk mendaftar diri dan keluarga untuk mendapatkan vaksin. Kerajaan perlukan data pendaftaran untuk memudahkan urusan logistik dan perancangan agihan vaksin. 

“Jika semua kita sudah mendaftar, barulah kita akan ada data yang tepat mengenai taburan sebenar para penerima,” katanya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya