Tenang, sabar minta Adham kepada doktor kontrak - Utusan Malaysia

Tenang, sabar minta Adham kepada doktor kontrak

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 23,000 doktor kontrak diminta bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada waktu terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk menyediakan skim bermanfaat buat semua pegawai terbabit.

“Mohon doktor sedia ada dalam skim bersabar dan bertenang. Ia kerana kita akan bawa perkara ini untuk dibentangkan kepada jemaah menteri bagi memastikan adanya skim lebih bermanfaat,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Utusan Malaysia sejak minggu lalu membangkitkan pelbagai persoalan termasuk pihak yang perlu bertanggungjawab melantik dan menyerap pegawai perubatan kontrak sebagai kakitangan kerajaan berstatus tetap selepas pelbagai pihak menunding jari sehingga tiada kata putus mengenai isu tersebut.

Hal ini ekoran doktor-doktor kontrak di seluruh negera berhasrat mengadakan mogok yang dijadualkan pada 26 Julai ini bagi memastikan suara mereka didengar dan nasib terus dibela  kerajaan.

Dalam pada itu, Dr. Adham memberitahu, terdapat seramai 32,516 pegawai lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama pelantikan atas keperluan akta untuk latihan siswazah dan khidmat wajib setakat 31 Mei lalu.

“Jumlah itu merangkumi 23,077 pegawai perubatan gred UD41, 5,000 pegawai pergigian gred UDG41 dan 7,139 pegawai farmasi gred UF41. Kita juga mengambil slot latihan siswazah dalam skim kontrak dan mereka akan dilantik mengikut merit diperoleh latihan siswazah.

“Apa kita buat sebelum ini adalah menaikkan gaji dan penyelarasan gaji gred daripada UD41 ke UD43 yang hampir sama dengan doktor tetap namun beberapa perkara dituntut akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk diputuskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya