Tekanan hidup: Lelaki pecah mesin ATM guna 'absorber' kereta - Utusan Malaysia

Tekanan hidup: Lelaki pecah mesin ATM guna ‘absorber’ kereta

POLIS melakukan pemeriksaan di lokasi sebuah bank di Balik Pulau, Pulau Pinang selepas seorang lelaki cuba memecahkan salah sebuah mesin ATM di bank itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang lelaki yang dipercayai berdepan tekanan hidup dilaporkan cuba bertindak memecahkan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tindakan suspek berusia 39 tahun tersebut bagaimanapun dikesan pihak pengurusan bank berkenaan lalu menghubungi pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, polis kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menumpaskan suspek terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati suspek cuba memecahkan salah sebuah mesin ATM dengan menggunakan ‘absorber’ kereta.

“Siasatan awal mendapati suspek dikatakan datang seorang diri dengan menaiki bas dari Georgetown. Siasatan juga mendapati motif suspek melakukan sedemikian adalah disebabkan tekanan hidup.

“Dalam kejadian ini, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu gagal memecah mesin ATM,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku.

Tambahnya, suspek ditahan di Lokap IPD untuk siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya