Speaker komited jalankan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos - Utusan Malaysia

Speaker komited jalankan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Rakyat dan Dewan Negara komited sepenuhnya memastikan persidangan Parlimen berjalan seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum 1 Ogos 2021.

Dalam satu kenyataan bersama, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertuan Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim memaklumkan,  mereka telah mencadangkan satu persidangan khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan itu, mereka menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen serta kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti dititahkan Seri Paduka.

“Pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri  agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada majlis menghadap tersebut, Agong telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos tahun ini.

Terdahulu, Seri Paduka menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Dalam majlis menghadap semalam, turut sertai sesi itu adalah timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan dua timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Rashid Hasnon. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya