Sidang Parlimen segera, bukan terburu-buru - Utusan Malaysia

Sidang Parlimen segera, bukan terburu-buru

RUSMAN KEMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen dibuka segera adalah bermaksud pada waktu bersesuaian dengan persiapan keselamatan dan saringan kesihatan yang rapi telah dilakukan.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, saranan itu telah disambut baik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan Parlimen akan dibuka pada September ini namun perkara itu masih tidak memuaskan hati pihak tertentu.

“Tarikh ini masih tidak memuaskan pihak yang berterusan mendesak, bagi mereka itu tidak menepati dengan kehendak Agong yang bermaksud ‘segera’.

“Kami berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan segera itu adalah tempoh yang munasabah dan bersesuaian mengikut keadaan semasa lebih-lebih lagi pada waktu kegawatan Covid-19 yang masih belum reda.

“Ini memerlukan pelbagai persiapan keselamatan dan penyediaan kemudahan bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang pastinya bukan mudah untuk dilaksana dalam tempoh singkat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya