fbpx

Sepanyol tiada ‘magis’ di laman sendiri

SKUAD Sepanyol sedang menjalani sesi latihan menjelang aksi kedua kumpulan E menentang Poland.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE: Selalunya beraksi di gelanggang sendiri bakal memberi kelebihan kepada sesebuah pasukan namun tidak buat Sepanyol dalam kempen Euro 2020.

Sepanyol adalah satu dari sembilan pasukan yang menjadi tuan rumah Kejuaraan Eropah kali ini namun bermain di Seville dilihat tidak banyak membantu mereka apabila hanya mampu meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Sweden.

Malah, skuad La Roja juga juga terpaksa berdepan dengan keadaan padang yang teruk dan diejek oleh penyokong sendiri.

“Lebih baik bermain ketika peminat bertepuk tangan daripada mereka mengejek. Saya lebih suka fokus kepada tepukan peminat yang memberi motivasi kepada kami.

“Ia lebih banyak membantu kami berbanding jika kami fokus kepada perkara yang negatif,” kata pemain tengah Sepanyol, Pedri González.

Lebih daripada 12,000 penyokong menyaksikan perlawanan di Stadium La Cartuja ketika aksi menentang Sweden dan kebanyakannya memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan mereka.


Mereka bangga dan menghormati lagu kebangsaan serta melaungkan nama beberapa pemain kegemaran namun ada juga yang tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila melihat Sepanyol bergelut mencari gol.

Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata menjadi mangsa ejekan paling teruk ekoran kegagalan memanfaatkan peluang di hadapan gawang sebelum babak pertama tamat. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI