Satu gigabit data harian secara percuma - Utusan Malaysia

Satu gigabit data harian secara percuma

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata beliau, kemudahan ini yang dianggarkan bernilai RM500 juta bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.

“Selanjutnya berkaitan kesalinghubungan digital. Ketika ini kemudahan internet boleh dianggap utiliti keperluan asas bagi hampir semua aktiviti harian, termasuklah bagi pembelajaran, bekerja dari rumah, pembelian barangan secara dalam talian dan perkhidmatan kerajaan serta swasta.

“Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1 gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.

“Kemudahan ini yang dianggarkan bernilai RM500 juta bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara,” katanya dalam Pengumuman Khas Pemulih hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN