RM100 juta bantu 8,000 penggiat seni - Utusan Malaysia

RM100 juta bantu 8,000 penggiat seni

KUMPULAN Versus sering memenuhi jemputan persembahan di sekitar Perlis sebelum pelaksanaan PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan bagi membantu lebih 8,000 penggiat seni.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia merupakan usaha terus menyokong industri seni dan kreatif tempatan selepas mendengar keluhan golongan karyawan, artis, pemuzik, pelakon, penggiat teater, penulis dan krew produksi yang turut terkesan ekoran syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan mereka terlibat dalam aktiviti seni dan persembahan ketika ini.

“Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu,” katanya dalam perutusan khas pengumuman bantuan itu, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN