PTPTN lancar kempen ‘duduk rumah’, tawar hadiah lumayan

PTPTN lancar kempen ‘duduk rumah’, tawar hadiah lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 menawarkan hadiah yang sangat lumayan bagi menggalakkan orang ramai duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dalam satu kenyataan, Ketua Eksekutif Perbadanan itu, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, kempen itu terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang membuka akaun dan membuat penambahan deposit dalam tempoh promosi. 

AHMAD DASUKI ABDUL MAJID

“Pelancaran kempen ini adalah usaha PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran Covid-19. 

“Dengan mengamalkan Stay Home, Stay Safe atau duduk rumah untuk kekal selamat, kita masih dapat terus menyemarakkan lagi budaya penabungan dengan membuat simpanan melalui saluran dalam talian yang disediakan lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat tiga kategori cabutan bagi kempen ini iaitu Kategori Platinum, Gold dan Silver bernilai hampir RM240,000 untuk 39 orang pemenang dan tempoh promosi itu bermula pada 1 sehingga 30 September 2021.

Orang ramai tidak perlu risau kerana SSPN-i merupakan skim simpanan patuh syariah dan dijamin oleh kerajaan. 

Tambah Ahmad Dasuki, pelanggan hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan deposit minimum RM200 dalam tempoh promosi dan mengekalkannya selama tiga bulan selepas tamat tempoh promosi iaitu bermula 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. 

“Setiap simpanan bernilai RM50 akan melayakkan pendeposit mendapat satu cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

“Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i juga dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang SSPN-i tawarkan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful ringgit ke ringgit secara percuma serta pemberian Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 kepada pendeposit yang layak,” katanya. 

Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kereta Proton X50 bagi Kategori Platinum. Manakala sebuah kereta Perodua Myvi 1.5cc bagi Kategori Gold dan sebuah motosikal Yamaha Y15zr untuk Kategori Silver. Tidak ketinggalan bagi tempat kedua, ketiga dan saguhati juga turut disediakan dan amat berbaloi untuk dimenangi seperti barang kemas, komputer riba dan wang tunai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya