PPMM hantar surat kepada ICC, UNHRC - Utusan Malaysia

PPMM hantar surat kepada ICC, UNHRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menghantar surat kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung siasatan rasmi dakwaan jenayah perang yang berlaku di wilayah Palestin.

Berdasarkan edaran surat yang diberikan kepada Utusan Malaysia, ICC pada Februari lalu memutuskan pihaknya mempunyai hak dan kuasa untuk menjalankan siasatan di Palestin.

Menurut surat itu, ICC kemudiannya membuat permohonan untuk memulakan siasatan pada Mac melibatkan semua perkara yang berlaku di Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza sejak Jun 2014.

“Sebagai ahli komuniti antarabangsa, PPMM mendapati masih belum ada kenyataan rasmi daripada Pejabat Pendakwa Raya ICC tentang kedudukan siasatan mereka.

“Oleh itu, PPMM memohon kepada ICC untuk segera mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perjalanan siasatan setakat ini,” katanya di sini hari ini.

ICC mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana pihak yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah hak asasi manusia dan perang di semua negara yang tersenarai dalam perjanjian Statut Rom.

Bagaimanapun, Israel menolak keputusan ICC untuk menyiasat jenayah yang dilakukan negara haram itu di Palestin.

Sementara itu, PPMM turut menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) terhadap kesediaan badan dunia itu menyiasat insiden serangan Masjid al-Aqsa.

Katanya, UNHRC mengadakan mesyuarat khas pada 27 Mei lepas yang mana satu resolusi telah diluluskan dan mengarahkan presiden badan berkenaan menubuhkan suruhanjaya bebas sisatan antarabangsa.

“PPMM mencadangkan penubuhan pasukan keselamatan pendamai yang boleh ditugaskan untuk mengiringi dan menjaga keselamatan pasukan penyiasat di sana,” katanya.

Perutusan surat berkenaan telah dimaklumkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya