Politeknik Sultanah Bahiyah antara 7 lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Politeknik Sultanah Bahiyah antara 7 lokaliti kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tujuh lokaliti di dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini antaranya Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah yang merekodkan 22 kes Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, satu lagi lokaliti PKPD di negeri berkenaan ialah kilang Bestgrade, Pokok Sena yang sudah pun mencatatkan 27 kes baharu.

Menurut beliau, baki lima lokaliti pula terletak di Sabah antaranya dua di Tawau iaitu Penjara dan Kuarters di Taman Ehsan serta Kampung Kuala Merotai, Kalabakan.

“Kampung Muhibbah, Menggatal, Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat; Kampung Tahak, Membakut, Beaufort, Bahagian Pedalaman dan Flat Indah Jaya, Bahagian Sandakan juga dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejumlah 13 lokaliti di seluruh negara ditamatkan PKPD esok susulan penurunan kes dan situasi kluster terkawal antaranya Kampung Tajin, Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Terengganu dan Ladang Tereh Mill, Kluang, Johor.

Lain-lainnya, Kampung Kolong 2 di Kuching, Sarawak dan tiga lokaliti di Temerloh, Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur selain Kampung Lakai, Jelebu, Negeri Sembilan.

Begitu juga kata beliau, enam lokaliti di Batang Oya, Dalat, Bahagian Mukah, Sarawak melibatkan empat rumah panjang iaitu Bala anak Umba, Tulu anak Sli, Duah anak Entingi dan Balik anak Gema serta Sekolah Kebangsaan St. Luke dan Klinik Kesihatan Nanga Baoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN