PDRM cadang sampel DNA bayi diambil, disimpan  - Utusan Malaysia

PDRM cadang sampel DNA bayi diambil, disimpan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengulangi cadangannya agar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bayi yang baru lahir diambil dan disimpan dalam bank data DNA demi kepentingan umum.

Memetik laporan bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, cadangan itu pernah diutarakan pada 2001, namun ditolak kerajaan atas beberapa alasan, antaranya berkaitan hak asasi manusia serta kebimbangan data disalah guna.

Beliau berkata, amat penting bagi pasukan keselamatan mempunyai bank data DNA yang lengkap, khususnya dalam membantu polis menyelesaikan kes jenayah.

“Sebagai contoh, kita berjaya menyelesaikan kes jenayah rogol dan samun yang terjadi pada 1999 di Cheras melalui padanan profil daripada bank data DNA pada 2019. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan memberi kelegaan kepada mangsa.

“Satu contoh lagi, kita membantu Interpol menyelesaikan satu pembunuhan di luar negara pada 1996 berdasarkan sampel DNA diambil daripada botol minuman melalui padanan profil DNA yang terdapat dalam bank data PDRM, dan bukti DNA ini kemudian diterima oleh mahkamah di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Bahagian Forensik (D10) dan Bahagian Databank DNA (D13) JSJ di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

Mengikut Akta Identifikasi DNA 2009, DNA hanya boleh diambil di tempat kejadian, orang yang disyaki, banduan, tahanan, penagih dadah, orang hilang dan secara sukarela.

Mengulas lanjut, Abd. Jalil berkata, terdapat 160,000 profil DNA disimpan dalam bank data DNA milik PDRM sehingga 25 Jun lalu.

“Hingga tarikh itu juga, PDRM menyelesaikan 131 kes menerusi padanan DNA di bank data PDRM. Kita lihat penyimpanan profil DNA ini amat penting bagi membantu polis dalam menjalankan siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya