Parlimen perlu bersidang secara bersemuka - Pejuang - Utusan Malaysia

Parlimen perlu bersidang secara bersemuka – Pejuang

AMIRUDDIN HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah menyifatkan Parlimen wajar bersidang secara bersemuka.

Beliau berpendapat sedemikian kerana menganggap persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah berjaya dilaksanakan secara bersemuka tahun lalu tanpa ada sebarang jangkitan atau wujudnya kluster Parlimen. 

“Kami berpandangan bahawa sepatutnya persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat boleh dijalankan secara kendiri dengan mengikuti syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 sepertimana dijalankan semasa persidangan kedua-dua Dewan tahun lepas.

“Tambahan pula, pada ketika itu semua yang menyertai persidangan belum mendapat suntikan vaksin, tidak seperti sekarang yang mana hampir keseluruhan ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat telah sempurna mendapat suntikan vaksin yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pegawai-pegawai pengiring ahli Parlimen sedang diusahakan untuk mendapat suntikan secepat mungkin.

Justeru, beliau mewakili Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara Pejuang berpandangan bahawa sidang Parlimen haruslah dilaksanakan segera secara kendiri.

“Ini bagi memenuhi tanggungjawab ahli-ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara kita keluar dari krisis krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan  Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mencadangkan supaya sidang Parlimen diadakan secara hibrid sekitar akhir Ogos atau minggu pertama September 2021.

Bagaimanapun, sebelum persidangan secara hibrid dilaksanakan, satu Sidang Khas Parlimen

akan diadakan pada awal Ogos secara bersemuka tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membahas serta menerima resolusi yang berkaitan bagi membolehkan persidangan secara hibrid dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya