Nanti orang lupa saya- Syafiq Farhain - Utusan Malaysia

Nanti orang lupa saya- Syafiq Farhain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Syafiq Farhain, tidak menafikan popularitinya malap jika tiada lagu terbaharu untuk diperdengarkan kepada orang ramai.

Menyedari hal itu, Syafiq bulat hati melancarkan lagu terbaharu, Kau Bidadari pada 11 Jun lalu meskipun percaya promosi di media sosial ada cabarannya di kala musim pandemik.

“Pada saya promosi menerusi media sosial itu boleh saja. Tapi tak boleh nafikan impak aktiviti promosi di lapangan lebih berkesan. Kalau bukan Covid-19, boleh buat persembahan pentas dan aktiviti jelajah.

“Kalau nak tunggu keadaan stabil, saya pula hampir dua tahun tidak keluarkan single, nanti orang lupa. Tetapi, ramai sahaja rakan artis yang keluarkan lagu ketika norma baharu ini dan respon pun memberangsangkan,” ujarnya ketika sesi temubual bersama media secara maya.

Bercakap fasal perkembangan karier nyanyian, Syafiq masih lagi menunggu material yang sesuai untuk keluar dari zon selesa.

“Sebenarnya bukan tak nak cabar diri tapi masih lagi tercari-cari material yang sesuai. Sebolehnya buat masa ini, saya nak tumpukan dulu pada lagu yang ada. Maksudnya… kekuatan genre balada. Insya-Allah lepas ini saya cuba tampilkan dengan lagu genre lain pula.

“Sebelum ini bukannya saya tak pernah menyanyikan lagu berentak lain. Tapi tak ramai yang minat bila saya nyanyikan lagu sebegitu,” katanya lagu itu mendapat sentuhan komposer Asfan Shah dan Fedtri Yahya.

Mengisahkan seorang lelaki yang tidak boleh hidup tanpa seorang wanita, Syafiq terbayangkan ibu tercintanya dalam menghayati lagu tersebut.

“Bukan klise tapi mendengar saja lagu ini saya terus terbayangkan emak. Malah disebabkan itu membuatkan saya lebih menjiwai dalam menyampaikan lagu ini,” ujarnya muzik video lagu terbaharu hasil MVM Production Sdn Bhd sudah disiarkan di saluran YouTube pada 14 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.