KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.
Bagaimanapun sumber kerajaan memberitahu, Perdana Menteri menghadap Seri Paduka bagi sesi Pra-Kabinet yang diadakan pada setiap Rabu.
Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri.
Media melaporkan, Perdana Menteri memasuki pintu 1 Istana Negara sekitar pukul 7.45 pagi.
Sebelum ini beberapa pihak mendakwa beberapa siri pertemuan akan diadakan bersama Seri Paduka melibatkan pemimpin parti.