SUMATERA UTARA: Seorang lelaki mengaku terpengaruh dengan bisikan ghaib hingga sanggup menyangkul adik perempuannya hingga mati.
Pembunuhan itu berlaku di Jalan Kavlingan Ujung, Kecamatan Percut Sei Tuan, Deli Serdang, Sumatera Utara, semalam.
Lelaki itu berkata, dia mendapat bisikan ghaib hingga sanggup membunuh adiknya sendiri.
Suspek, Dani, 27, dikatakan mengalami gangguan jiwa.
Kepala Desa Bandar Setia, Sugiato memberitahu, kejadian berlaku pada hari pada Jumat kita suspek berada di rumah bersama mangsa.
Namun kata Sugiato, tidak diketahui apa punca yang menyebabkan suspek sanggup membunuh adiknya karena tidak jiran tetangga yang melihat.
Namun kata Sugiato, ada saksi yang sempat mendengar suara teriakan dari rumah mangsa.
Katanya, penduduk desa itu hanya melihat Dani membawa sebuah cangkul yang berlumuran darah.
Kerana curiga, mereka pergi ke rumah suspek dan mendapati adiknya, Aisyah mengalami luka parah di kepalanya.
Mangsa segera diberikan bantuan dengan membawanya ke klinik tetapi klinik tersebut penuh lalu dibawa ke hospital.
Mangsa mati dalam perjalanan ke hospital.
Hasil aduan orang ramai polis telah menahan suspek dan ketika soal siasat suspek mengaku bertindak menamatkan riwayat adiknya karena mendapat bisikan ghaib.