Melaka sasar 8,000 suntikan vaksin sehari - Utusan Malaysia

Melaka sasar 8,000 suntikan vaksin sehari

RAHMAD Mariman (tengah) ketika sidang akhbar selepas melawat PPV Khas Masjid Al-Azim, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menyasarkan 8,000 orang menerima suntikan vaksin Covid-19 sehari bermula Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini sebanyak 38 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka.

Jelas beliau, kesemua PPV tersebut melibatkan 14 PPV awam, tiga PPV khas serta lebih 20 Pusat Pemberian Vaksin General Practitioner (PPVGP).

“Buat masa ini, kapasiti pemberian vaksin PPV awam adalah sebanyak 7,200 orang sehari. 

“Jumlah itu meningkat kepada 8,000 penerima sehari selepas mengambil kira sumbangan PPVGP dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat PPV Khas Masjid Al-Azim, di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Md. Rawi Mahmod dan Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abdul Kadir.

Mengenai pembukaan lebih banyak PPV, Rahmad berkata, kerajaan negeri tiada masalah untuk membukanya, namun ia bergantung kepada berapa banyak bekalan vaksin yang ada.

“Tidak timbul isu sama ada PPV boleh dibuka lebih banyak atau tidak. Buat apa buka kalau bekalan pun tiada,” ujarnya.

Tambah Rahmad, pihaknya sudah memohon tambahan dos vaksin, tetapi masih belum mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menurutnya, segala saluran telah digunakan untuk menambah bekalan vaksin bagi memastikan kelancaran PICK di negeri ini.

“Saya berharap Melaka akan menerima tambahan vaksin tidak lama lagi seiring dengan pembukaan PPV baru dan penyusutan bekalan sedia ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya