Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

MAZLAN LAZIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Mazlan, 59, sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Dilahirkan pada 25 Disember 1961 di Kota Setar, Kedah, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Sumber.

Beliau pernah menjawat jawatan di daerah sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Melaka Tengah; TKPD Tanah Merah, Kelantan; TKPD Shah Alam, Selangor; Pegawai Staf Latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Pegawai Belanjawan, Bahagian Latihan Bukit Aman.

“Selain itu, Mazlan pernah menjawat Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar, Perlis dan KPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

“Di peringkat Kontinjen atau Negeri, beliau pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Kelantan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KDN, beliau juga pernah diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Polis sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur selain pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya