Liga Arab kecam tindakan Honduras 'cabul' tanah milik Palestin - Utusan Malaysia

Liga Arab kecam tindakan Honduras ‘cabul’ tanah milik Palestin

MENTERI Luar Israel, Yair Lapid dan Menteri Luar Honduras, Lisandro menandatangani perjanjian persefahaman sambil dihadiri Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet dan Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Liga Arab mengutuk tindakan Honduras membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis, tanah yang dijajah rejim Zionis.

Menurut pertubuhan itu, tindakan berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan.

Liga Arab menambah, status undang-undang dan sejarah Baitulmuqaddis termasuki Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) No. 476 dan 478, 1980, mengesahkan Baitulmuqaddis Timur adalah wilayah Arab Palestin, dan dilarang memindahkan pejabat kedutaan di tanah yang dijajah rejim Zionis.

Penolong Setiausaha Agung Liga Arab (Hal Ehwal Palestin), Saeed Abu Ali berkata, pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis dianggap sebagai ‘serangan secara terang-terangan’ serta mencabuli hak dan tanah milik rakyat Palestin.

Honduras bertindak memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hubungan dengan rejim Zionis.

Honduras menjadi negara keempat yang membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN