Lelaki Orang Asli lolos tahanan ditahan semula - Utusan Malaysia

Lelaki Orang Asli lolos tahanan ditahan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tahanan lelaki Orang Asli suku Temiar yang melarikan diri dengan tangan bergari ketika dibawa ke lokasi kes curi di Kampung Jias C, Kuala Betis di sini minggu lalu diberkas semula di Pos Tohoi dekat sini pagi ini.

Klaus Ghani, 24, ditahan ketika bersembunyi dalam bangsal di ladang getah, tidak jauh dari Pos Tohoi kira-kira pukul 3 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, sebelum ini lelaki itu melarikan diri ke kawasan hutan sebelum berjaya menghidu suspek bersembunyi di dalam bangsal.

“Selepas bergelut, lelaki itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk siasatan lanjut.

“Kita turut menahan seorang peniaga kedai runcit untuk membantu siasatan kerana disyaki membeli barangan hasil curi suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan seorang lelaki Orang Asli melarikan diri ketika dibawa untuk membantu siasatan kes pecah rumah seorang guru di Kampung Jias C pada malam Isnin lalu.

Ketika dibawa ke kedai runcit di Kampung Jias C untuk menunjukkan lokasi dia menjual barangan curi, suspek bertindak agresif dengan menolak anggota polis sebelum terjun ke dalam sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN