Lelaki bertelanjang bulat sambil menjerit-jerit atas motosikal -

Lelaki bertelanjang bulat sambil menjerit-jerit atas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLATEN, Jawa Tengah:  Sebuah video yang tular memperlihatkan aksi bahaya seorang lelaki yang bertelanjang bulat sambil berdiri di atas motosikal yang bergerak laju.

Memetik laporan suara.com, video yang dimuat naik ke akaun instagram @memoedsos itu memperlihatkan seorang pemuda yang hanya memakai seluar dalam berdiri di atas motosikal yang  dikemudikan rakannya.

Pemuda itu turut menjerit-jerit sambil menggerakkan kedua belah tangannya.

Tidak lama kemudian, dia melondehkan seluar dalamnya sehingga  tidak ada sehelai benang yang menutupi tubuhnya.

Jeritannya juga semakin kuat sebaik sahaja dia bogel sepenuhnya.

Namun aksi itu tidak lama apabila pemuda itu kembali duduk membonceng ketika motosikal itu melalui satu selekoh.

Aksi tersebut dirakam oleh rakan-rakannya dari belakang sambil ketawa terbahak-bahak melihat aksi nekad yang dilakukan pemuda itu.

Berdasarkan keterangan pada video tersebut, kejadian itu berlaku di Klaten Jawa Tengah, pada awal pagi ini.

Video itu mendapat kecaman dari warganet termasuk ada yang menulis haiwan pun ada rasa malu.

“Zaman sekarang binatang lebih punya rasa malu,” tulis warganet lain dengan akaun erik_dwisantoso.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN