Lebih 500,000 mohon tunaikan haji - Utusan Malaysia

Lebih 500,000 mohon tunaikan haji

HANYA 60,000 jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kerajaan Arab Saudi menerima kira-kira 558,000 permohonan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Proses permohonan itu dibuka 10 hari lalu dan ditutup malam semalam.

Gulf News melaporkan, awal bulan ini, pemerintah Arab Saudi menetapkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan menunaikan haji terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara itu.

Penetapan itu dibuat ekoran situasi semasa penularan Covid-19 dunia yang masih belum reda.

Jemaah yang dipilih telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, tidak menghidap penyakit kronik dan berusia antara 18 hingga 65 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.