‘Kita tackle orang yang mahu vaksin dahulu’ - Khairy

‘Kita tackle orang yang mahu vaksin dahulu’ – Khairy

KHAIRY Jamaluddin bersama Hasni Mohammad melawat PPV sambil diberi penerangan oleh Dr. Noorfaraheen Md. Sani sempena PICK Negeri Johor di PPV Mega  Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada individu yang mahu mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum mendekati golongan yang disifatkan sebagai anti vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin berkata, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan lebih ramai penerima dalam masa terdekat. 

Katanya, masih ramai lagi rakyat di negara ini yang hendak mendapatkan vaksin, namun masih belum lagi dapat diberikan suntikan itu sehingga ke hari ini. 

Oleh itu, jelasnya, terdapat keperluan untuk menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara termasuk di Johor bagi mempercepatkan proses vaksinisasi. 

“Ada ramai yang nak vaksin Covid-19 tapi belum lagi dapat diberikan suntikan vaksin. Jadi, kita selesaikan dahulu yang nak vaksin ini selepas itu barulah kita tangani yang enggan terima vaksin,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad melawat situasi PPV Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu sebelum ini menggunakan aplikasi TikTok untuk menyeru semua pihak khususnya anti vaksin yang masih meragui vaksin Covid-19 supaya segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan itu.

Menggunakan nama @khairykj, beliau berkata, vaksin dibekalkan adalah selamat dan menjadi penyelesaian kepada pandemik yang melanda dunia ketika ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai langkah kerajaan yang sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan anti vaksin di negara ini yang bertindak menghasut orang ramai daripada menyokong PICK, Khairy berkata, tindakan undang-undang itu belum ada lagi.

Mengulas mengenai lawatannya ke PPV di Persada Johor, ujar beliau, pengoperasian PPV itu dapat menyediakan persekitaran yang selesa bagi menampung janji temu seramai 1,000 penerima.

“Pada Khamis ini, kita akan tingkatkan kapasiti kepada 3,000 penerima vaksin. Pengurusan PPV ini juga yakin mampu memberikan keselesaan kepada pengguna seramai itu. Di Johor sekarang ini, purata yang menerima vaksin adalah seramai 14,000 sehari dan jumlah ini akan kita tingkatkan lagi kepada seramai 50,000 individu pada September nanti. 

“Perkara ini hanya akan kita dapat buat dengan penambahan PPV termasuklah klinik perubatan am swasta (GP) dan hal ini sudah dibincangkan dengan Menteri Besar bagi menambah bilangan pusat tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN