Kadar pemberian vaksin harian di Pulau Pinang melebihi sasaran  - Utusan Malaysia

Kadar pemberian vaksin harian di Pulau Pinang melebihi sasaran 

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kadar pemberian vaksin dalam kalangan penduduk di Pulau Pinang kini melebihi sasaran ditetapkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

Setakat kelmarin, kadar pemberian vaksin harian itu melibatkan seramai 14,422 orang iaitu jauh lebih tinggi berbanding 6,544 dos sehari seperti disasarkan sebelum ini. 

Malah menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini juga mencatatkan tahap melebihi kapasiti maksimum ditetapkan. 

“Secara keseluruhan, sehingga 24 Jun 2021, laman vaksincovid.gov.my melaporkan bahawa prestasi vaksinasi Pulau Pinang adalah pada kadar 13.91 peratus. 

“Kerajaan Negeri akan terus menggembleng sepenuh sumber bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang divaksinasi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Kon Yeow, Pulau Pinang akan menerima jumlah penghantaran vaksin berganda pada bulan-bulan akan datang berbanding yang diterima bulan ini seperti jaminan yang diberikan MOSTI.

 Katanya, bekalan vaksin yang lebih banyak itu diharapkan dapat membolehkan semua PPV termasuk di lapangan (on site) membabitkan beberapa syarikat multinasional yang masih menunggu lampu hijau dapat dibuka serta beroperasi sepenuhnya. 

Ketika ini jelasnya, sebanyak 11 PPV awam telah beroperasi termasuk di SPICE Arena dan Universiti Sains Malaysia (USM); PPV khas bagi ‘economic frontliners’ (1); hospital swasta (7) dan klinik swasta (19). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN