Jakoa peruntuk RM12 juta kepada 60,800 KIR Orang Asli - Utusan Malaysia

Jakoa peruntuk RM12 juta kepada 60,800 KIR Orang Asli

ABDUL RAHMAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM12 juta bagi menghantar bantuan bakul makanan kepada 60,080 ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bantuan tersebut merupakan bekalan makanan asas iaitu beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, serbuk teh, sardin dan kicap yang akan diagihkan secara berperingkat bermula 5 Jun ini.

Katanya, keperluan bekalan asas itu disediakan bagi membantu masyarakat Orang Asli meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula hari ini hingga 14 Jun nanti.

“Penyerahan bantuan akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu melalui tok batin setiap kampung untuk diagihkan dan turut dipantau Pegawai Jakoa Daerah bagi memastikan bantuan sampai kepada setiap KIR berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Rahman berkata, berdasarkan rekod pelaksanaan PKP 1.0 tahun lalu, masyarakat Orang Asli turut menghadapi kesan kehilangan sumber pendapatan dan terputus bekalan makanan apabila PKP dilaksanakan.

“Jakoa berharap dengan pelaksanaan bantuan bakul makanan ini akan membantu masyarakat Orang Asli yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya