fbpx

5 Ogos 2021, 3:09 pm

  TERKINI

Itali muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16

MANUEL Locatelli dijangka menyertai Juventus daripada Sassuolo pada musim ini selepas kelab Turin itu mengemukakan tawaran terbaik untuknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME : Skuad Itali muncul pasukan pertama melayakkan diri ke peringkat kalah mati selepas membenam Switzerland 3-0 dalam aksi kedua kumpulan A di Stadium Olimpico, sebentar tadi.

Keputusan itu memastikan skuad kendalian Roberto Mancini mengutip mata maksimum dalam dua perlawanan sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik meskipun mempunyai satu lagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Wales.

Turun sebagai pasukan pilihan, skuad Azzurri berjaya membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi kapten pasukan, Giorgio Chiellini namun gol itu dibatalkan selepas dikesan terkena tangan menerusi bantuan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Begitupun, keputusan itu tidak membuat pemain Itali kecewa sebaliknya mereka terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang Switzerland yang dipaksa lebih banyak bertahan.

Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba menerusikan ledakan pemain tengah, Manuel Locatelli pada minit ke-26 untuk meletakkan Itali mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Locatelli menambah gol kedua sebelum Ciro Immobile melengkapkan kemenangan bergaya buat Itali.- AGENSI


POPULAR

KOSMO! TERKINI