Isu 'bodoh-bodoh' Prof. Dr. Muhaya mohon maaf - Utusan Malaysia

Isu ‘bodoh-bodoh’ Prof. Dr. Muhaya mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar motivasi yang juga pakar mata terkenal, Prof. Dr. Muhaya Mohamad memohon maaf atas segala salah faham yang timbul berhubung klip video yang viral yang mengaitkan golongan wanita kena buat ‘bodoh-bodoh’ jika mahu cepat dapat jodoh.

Beliau berkata, klip 56 saat yang tular itu adalah petikan dari live di facebook Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV yang keseluruhannya  45 minit diterbitkan pada 6 Februari lalu pukul 6 petang bertajuk “Antara Cinta dan Cita-Cita”.

Katanya, siaran live itu sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti kenyataan Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini.

“Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-Cita

“Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat reda Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.