Harimau Malaya lawan Thailand tanpa tiga pemain utama - Utusan Malaysia

Harimau Malaya lawan Thailand tanpa tiga pemain utama

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melahirkan kerisauan untuk menentang Thailand apabila ketiadaan tonggak utama untuk beraksi pada awal Rabu ini.

Bagaimanapun, beliau masih menaruh keyakinan kepada pemain lain untuk menunjukkan prestasi yang baik apabila diturunkan.

Sebelum ini ketiga-tiga pemain, La’Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba dan Mohamadou Sumareh digantung permainan selepas menerima dua kad kuning menyebabkan pemain pertahanan kiri, tengah dan sayap itu tidak dapat beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan G dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

“Ketiadaan Corbin-Ong di bek kiri akan sedikit sebanyak menjejaskan benteng pertahanan negara. Kita kena sediakan kesebelasan terbaik untuk aksi Thailand ini, kami barisan kejurulatihan sedang berbincang mengenai perkara itu.

“Saya yakin pemain-pemain lain juga mahu mempamerkan aksi terbaik jika diturunkan nanti. Walaupun Thailand turun tanpa beberapa pemain bintang, mereka ada banyak pemain muda berkualiti baik yang perlu diawasi,” katanya dalam sidang akhbar di Dubai hari ini.

Tambahnya, walaupun terlepas peluang ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan kelayakan automatik ke Piala Asia, beliau berharap anak buahnya mampu pamer aksi bersemangat ketika menentang Thailand bagi mengelakkan aksi ‘playoff’.

Selepas tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-4 dan Vietnam 1-2, Malaysia menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan sembilan mata daripada tujuh perlawanan.

Vietnam yang mengekalkan rekod tanpa kalah, kekal di tangga teratas kumpulan dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan, diikuti UAE (15 mata) dan Thailand (sembilan), manakala Indonesia kekal di tangga tercorot dengan satu mata.

Cheng Hoe, yang kehilangan ayahnya kira-kira 12 jam sebelum sepak mula dengan Vietnam berkata, anak-anak buahnya telah memberikan persembahan yang baik sepanjang perlawanan bertemu skuad Naga Emas, cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Beliau juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya di atas kekalahan kepada Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai itu.

“Saya tidak boleh salahkan satu atau dua pemain sebab bola sepak adalah sukan berpasukan. Kami perlu buktikan bahawa kami boleh beraksi dalam satu pasukan.

“Saya yakin Harimau Malaya mampu bangkit semula pada perlawanan akan datang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya