Feri ikonik Pulau Pinang berjaya diapungkan - Utusan Malaysia

Feri ikonik Pulau Pinang berjaya diapungkan

FERI ikonik Pulau Pinang yang dilaporkan hampir karam kerana dimasuki air di Limbungan Bagan Dalam, Butterworth berjaya diapungkan semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Feri ikonik Pulau Pinang yang dilaporkan hampir karam kerana dimasuki air di di Limbungan Bagan Dalam, Butterworth, dekat sini berjaya diapungkan semula malam tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, feri ikonik itu diapungkan semula kira-kira pukul 10 malam.

“Pasukan kami akan terus menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas feri ini dari semasa ke semasa untuk memastikan peristiwa ini tidak berulang.

“Setelah kerja-kerja pembaikan yang diperlukan selesai, feri tersebut akan ditempatkan di Tanjung City Marina di sini dan dijadikan muzium terapung,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut Teik Cheng, pihaknya mengucapkan terima kasih di atas usaha dan tindakan profesional pasukan pembaikan SPPP dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) ketika menangani kejadian berkenaan.

Sabtu lalu, tular dalam media sosial mengenai feri ikonik yang hampir karam kerana dimasuki air sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pelbagai pihak bimbang mengenai nasib feri berkenaan yang bersejarah lebih 100 tahun sebagai pengangkutan utama menghubungkan antara penduduk di bahagian pulau serta Seberang Perai.

Difahamkan feri berkenaan yang berlabuh di Limbungan Bagan Dalam di Butterworth, mempunyai beberapa lubang yang mengakibatkan air masuk dan memenuhi ruang enjinnya sehingga kelihatan hampir karam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN