Empat lagi suspek kes larikan RM400,000 ditahan - Utusan Malaysia

Empat lagi suspek kes larikan RM400,000 ditahan

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis berjaya memberkas empat lagi suspek bagi membantu siasatan kes melarikan peti besi mengandungi wang tunai kira-kira RM400,000 dari pejabat syarikat kurier di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan empat individu itu turut melibatkan dua suspek yang wajah mereka diedarkan pada sidang akhbar, Sabtu lalu.

“Empat individu yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 30-an. Selain itu, polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM70,450 yang disembunyikan.

“Secara keseluruhannya, sehingga kini seramai 10 individu telah ditahan manakala wang tunai yang ditemukan dan dirampas berjumlah RM333,745,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada 26 Jun melaporkan tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan kerana disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM400,000 selepas memecah masuk pejabat cawangan sebuah syarikat kurier di sini, Rabu lalu.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan serta mengenal pasti baki suspek serta wang tunai yang masih hilang.

“Empat individu yang baru ditahan ini direman hingga 3 Julai depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kita menyeru orang ramai agar dapat membantu dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7326999,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN