LIPIS: Dua lelaki berusia 18 dan 21 tahun dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi sandard (SOP) apabila tidak memakai pelitup muka di Kawasan Industri Ringan Tempoyang, Lipis hari ini.
Ketua Polis Daerah, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, kedua-duanya masing-masing dikompaun RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Kedua-dua lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh tidak memakai pelitup muka semasa berada di Kawasan Industri Ringan Tempoyang.
“Tindakan kedua-dua lelaki itu tidak memakai pelitup muka boleh mengakibatkan mereka dijangkiti wabak Covid-19,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE