Dr. Mahathir tiba di Istana Negara - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir tiba di Istana Negara

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Penaja Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau tiba di pekarangan Pintu 2 Istana Negara pada pukul 1.58 petang dengan menaiki Proton X70.

Ahli Parlimen Langkawi itu adalah pemimpin parti politik ketiga yang hadir pada hari kedua siri pertemuan menghadap Seri Paduka.

Selepas Dr. Mahathir, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijangka tiba di Istana Negara menghadap Seri Paduka.

Pagi tadi, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di sini atas pertemuan yang sama.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mat Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Istana menghadap Seri Paduka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya