Curi pakaian wanita sebagai penaik nafsu  - Utusan Malaysia

Curi pakaian wanita sebagai penaik nafsu 

SEBAHAGIAN pakaian wanita yang dicuri seorang lelaki di sebuah Kondominium Jalan PJS 10/11A, Bandar Sunway, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan lelaki mencuri pakaian wanita bagi meningkatkan ransangan seksualnya mengundang padah apabila dia diberkas di sebuah Kondominium Jalan PJS 10/11A, Bandar Sunway dekat sini, kelmarin.

Penahanan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh seorang wanita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling kira-kira pukul 1.50 tengah hari, pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita terbabit membuat laporan selepas melihat suspek berlegar-legar di ruangan lif hadapan kediamannya dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Kata beliau, wanita terbabit turut mengesyaki lelaki tersebut adalah individu yang terlibat dengan kehilangan pakaian dalam miliknya sebelum ini.

“Suspek kemudian mengaku di hadapan suami mangsa dan pihak pengurusan kondominium  telah mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan pakaian yang dicuri di sebuah bilik tidur di rumahnya di bangunan sama.

“Bertindak atas aduan tersebut, sepasukan polus dari balai polis Sungai Way di sini  menahan suspek kira-kira pukul 12.15 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, hasil penahanan suspek berusia 23 tahun itu, polis menemukan 58 pakaian wanita pelbagai jenama serta sebatang kayu yang diubah suai dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

“Suspek ditahan empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan namun begitu suspek akan dituduh di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberikan keterangan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.