fbpx

Botol Coca-Cola ‘terbang’ ke arah Ronaldo

BOTOL Coca-Cola yang dibaling individu tidak dikenali melayang menuju ke arah Cristiano Ronaldo.- AVALON.RED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Jaringan kedua yang diraikan Cristiano Ronaldo dicemari dengan insiden dia dibaling objek ketika Portugal terikat 2-2 dengan Perancis dalam aksi terkahir Kumpulan F, Euro 2020, awal pagi tadi.

Insiden itu berlaku ketika dia melompat dan berpusing sebelum terkena cawan air di belakang kepalanya.

Ronaldo kemudian berpaling semula ke arah penonton dan kelihatan memegang belakang kepalanya.

Petugas keselamatan sebelum itu terpaksa mengawal Ronaldo daripada penceroboh yang memasuki padang dan membaling botol Coca-Cola ke arah kapten Portugal itu.

Ia berlaku seminggu selepas bintang Juventus itu mengalihkan dua botol Coca-Cola ketika sidang akhbar dan menggesa orang ramai minum air kosong demi menjaga kesihatan.

Tetapi selepas bintang Perancis Paul Pogba mengikut langkah sama apabila mengalihkan botol minuman keras, UEFA telah memberi amaran dan bersedia mengenakan hukuman ke atas pasukan.


Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu kini menyamai rekod penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman milik Ali Daei dengan 109 gol selepas meledak dua gol dan dijangka mampu mencipta rekod baharu selepas ini. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI