#benderaputih 'jangan malu letak bendera putih di luar rumah' - Utusan Malaysia

#benderaputih ‘jangan malu letak bendera putih di luar rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sekiranya anda tiada kemampuan, betul-betul mengalami kesukaran hidup, jangan malu untuk meletakkan bendera putih di luar rumah untuk membolehkan orang lain membantu anda”.

Demikian kempen yang digerakkan pelbagai pihak di laman media sosial bagi mengajak rakyat bersatu membantu mereka yang kesusahan.

“Saya sokong #kempenbenderaputih. Inisiatif kecil ini mungkin dapat membantu merek ayang betul-betul terkesan dengan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Jangan berdiam, naikkan sahaja bendera putih di depan rumah, kita semua akan faham jika semua memainkan peranan. #RakyatJagaRakyat,” tulis seorang pengguna internet di laman Twitter.

Begitu juga tulis seorang lagi pengguna Twitter: “Kalian jika benar-benar memerlukan, jika takut atau malu meminta, gunalah peluang ini. Naikkan bendera putih begini di hadapan rumah, moga-moga lebih ramai prihatin”.

Selebriti terkenal tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil juga mengibarkan bendera putih di lawan Twitter miliknya meminta orang ramai bersama menyokong kempen berkenaan dengan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya