Beli vaksin buat pelajar, guru bukan komputer - Utusan Malaysia

Beli vaksin buat pelajar, guru bukan komputer

SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan kerajaan membeli vaksin Covid-19 buat pelajar dan guru dan bukan membeli komputer riba kerana peranti itu tidak boleh digunakan susulan masalah internet.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, dengan pembelian dan pemberian vaksin kepada golongan itu akhirnya sekolah dapat dibuka semula.

“Saya masih ingat dahulu ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pendidikan, kita beli komputer hingga RM700 juta, selepas itu kita tengok ke mana komputer ini yang diedar di kampung-kampung.

“Ketika itu, saya menteri kampung (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), saya lawat Sarawak, Sabah di pulau-pulau, lepas itu saya tanya guru besar kenapa komputer disimpan di bilik stor, mereka katakan tiada elektrik bagaimana komputer boleh digunakan,” kata beliau dalam Bicara Presiden secara maya malam tadi.

Shafie menjawab demikian pertanyaan  moderator berhubung pemberian komputer riba kepada pelajar.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, komputer riba tidak dapat digunakan oleh pelajar kerana masalah rangkaian internet terutama di kawasan pedalaman seperti di Sabah.

“Laptop kalau diberi di Kota Marudu, Pitas, ‘line’ pun tidak ada. Jadi ke mana wang itu, ia hanya pembaziran.

“Baik kita gunakan wang itu untuk beli vaksin, lepas itu beri pelajar vaksin, suruh mereka ke sekolah, buka sekolah,” katanya.

Menurut beliau, apabila sekolah dibuka, ia akan memberi kesan sampingan lain seperti dari segi ekonomi iaitu pelajar naik bas dan kemudian beli nasi lemak yang mengaktifkan semula ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.