BCL temui cinta hati baharu? - Utusan Malaysia

BCL temui cinta hati baharu?

Gambar daripada klip video Mencari Cinta mencetuskan gosip kemungkinan BCL dan Ariel ada hubungan istimewa.- Gambar laman sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama Bunga Citra Lestari (BCL), isteri arwah Ashraf Sinclair masih kekal dalam ingatan peminat di negara ini.

Rata-rata peminat seni terus dahaga perkembangan mengenai wanita cantik itu selepas pemergian suaminya seorang  rakyat Malaysia. 

Dua hari lalu, Kompas.com melaporkan, terbaharu  BCL  mengumumkan dirinya terkena jangkitan Covid-19 menerusi Instagramnya. 

BCL memberitahu,  kejadian berlaku selepas dia dan anaknya, Noah Sinclair, 11, pulang bercuti dari Bali.

“Isolation Day 3. So far, ada symptoms (gejala) batuk, tenggorokan sakit, napas terasa agak pendek dan sometimes demam,” tulis BCL seperti dilaporkan portal tersebut.

Bulan lalu pula, banyak portal lain menyebut, BCL kini dikhabarkan  rapat dengan penyanyi popular Ariel Noah. 

Gossip itu, tersebar selepas terbitnya gambar BCL memeluk dari belakang Ariel. Walaupun gambar  tersebut adalah  bagi adegan video  muzik berjudul  Mencari Cinta  membabitkan projek pasangan itu tetapi ramai yang mengandaikan Ariel dan BCL  ada hubungan istimewa.

Malah semasa pemergian Ashraf pada 18 Februari 2020, Ariel juga kelihatan menjadi salah seorang penenang BCL. Gambar Ariel menenang BCL dan anak arwah Ashraf turut tersebar ketika itu.

Sejak gosip tersebut, Ariel dan BCL belum membuat apa-apa maklum balas.

BCL berkahwin dengan Ashraf pada  8 November 2008 dan dikurniakan  seorang anak lelaki.

Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya