PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 akan dibayar pada September dan RM500 ringgit lagi pada November ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.
“Insya-Allah. Apa yang penting, kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti,” katanya dalam Pengumuman Khas Pemulih hari ini.










