fbpx

7 Disember 2021, 8:02 am

  TERKINI

Bapa dipercayai beri anak minum arak ditahan

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis menahan seorang bapa yang dipercayai memberikan anaknya yang baru berusia lima bulan meminum arak daripada bekas di dalam tin yang videonya tersebar menerusi laman sosial media.

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di sekitar Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 1.30 petang selepas polis menerima laporan berhubung kejadian yang tular tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan turut mempunyai 14 rekod jenayah lampau selain merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

“Bayi berkenaan pula dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut walaupun kelihatan berada di dalam keadaan sihat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes itu yang dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Awal hari ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan penularan video yang memaparkan seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang memangku bayi sambil menyuapkan minuman berkenaan yang tertera label jenama minuman keras.

Turut kedengaran di dalam video itu adalah suara seorang wanita.

Ekoran itu juga, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel membuat laporan polis di Perai di sini hari ini selepas melihat video tersebut.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN