Bapa beri bayi minum arak direman 5 hari  - Utusan Malaysia

Bapa beri bayi minum arak direman 5 hari 

SUSPEK lelaki berusia 20 tahun (kiri) yang memberikan anaknya minum arak di dalam tin yang videonya tular dalam media sosial direman lima hari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Lelaki yang ditahan selepas dipercayai memberi bayinya berusia lima bulan minum arak di rumah mereka di Teluk  Bahang, di sini ditahan reman lima hari bermula hari ini sehingga 27 Jun ini. 

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd. Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini pukul 9 pagi ini. 

Terdahulu, suspek yang memakai baju-T berwarna hitam dan berseluar jeans itu dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari kira-kira pukul 8.30 pagi. 

Suspek yang bekerja sambilan di sebuah kedai runcit itu dilihat berada dalam keadaan bersahaja ketika diiring anggota polis. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya,Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Utusan Online di sini berkata, penahanan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

“Tempoh reman bermula hari ini dan polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berlaku,” katanya di sini. 

Semalam, polis  membuat tangkapan ke atas suspek selepas menerima laporan berhubung penyebaran video yang memaparkan tindakan lelaki itu dipercayai memberikan bayinya berusia  lima bulan meminum arak dari bekas di dalam tin. 

Video berdurasi 30 saat itu tular di media sosial Facebook dan WhatsApp sejak kelmarin. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.